Wednesday, September 16, 2009

Manusia

Sering kali aku bertanya dan berfikir tentang diri aku. Siapa aku? Siapa aku? Siapa aku? Tidak ada jawapan. Pernah aku bertanya pada rakan-rakan, siapa kamu? Mereka menjawab, “aku adalah temanmu”. “aku adalah seorang anak”. “aku adalah seorang insan biasa”.
Namun, untuk pertama kalinya, aku mendengar jawapan “aku adalah umat Nabi Muhammad. Aku adalah makhluk yang diciptakan Allah. Aku adalah khalifah di muka bumi. Begitu juga kamu”.

Aku? Bagaimana keadaan aku ketika mendengar jawapan sehebat itu? Terduduk menangis. Tiada lagi kata-kata yang mampu diungkapkan.

Untuk apa aku hidup?? Soalan ini sering menghantui ku. Ke mana aku akan pergi selepas aku mati? Dulu mungkin aku jahil dan tidak tahu jawapannya. Kini, aku boleh berbicara dengan hatiku dengan yakin. “Aku hidup kerana Allah SWT.Aku hidup kerana aku akan mati. Amalan ku semasa aku hidup akan ku bawa ketika ku mati untuk ditunjukkan kepada Allah SWT kelak. Apabila aku mati, aku berharap aku akan bertemu dengan kekasih Allah yang dirindui oleh seluruh umat Islam. Manusia agung yang membawa kebenaran dan agama yang penuh keindahan. Subhanallah!

Betapa besarnya nilai wang RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disumbangkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun betapa singkatnya kalau kita menonton wayang.

Betapa sukarnya mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun betapa mudahnya kalau berbual kosong atau bergosip.

Betapa asyik dan seronoknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun kita mengeluh ketika khutbah di masjid atau ceramah agama lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu lembar Al-qur’an tapi betapa mudahnya membaca 100 halaman novel atau komik

Betapa gembira dapat duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu semata, namun alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun betapa mudahnya menyesuaikan waktu pada saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur’an; namun betapa mudahnya untuk mengulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh orang namun betapa kita ragu apa yang dikatakan oleh Kitab Suci AlQuran.

Betapa Takutnya kita apabila dipanggil oleh Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat azan menggema.

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa.

ANDA TERTAWA …? atau ANDA BERFIKIR?
Sebar ..luaskanlah Sabda-Nya, bersyukurlah
kepada ALLAH, YANG MAHA BAIK,PENGASIH
DAN PENYAYANG.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.