Sunday, September 4, 2011

Al-Fatihah

Yang pergi takkan kembali

Assalamualaikum. Subhanallah, Allah Maha Mengetahui. Allur atur semuanya dengan baik. Sempurna.

Semua orang tau, tiap kali raya, balik rumah tok kat Pantai johor hanya kerana ada tok. Hanya sebab tok memang dan mesti ada. Tapi, kalau tok tak ada, semua tau yang pasti tak ramai yang akan balik ziarah rumah tok lagi.

Tapi, Allah Maha Kuasa. Tahun ni, semua cucu cicit anak2 tok semuanya balik raya. Yang dah plan nak balik rumah family lain pulak tiba2 ada hal kena jugak balik Alor Star. Subhanallah.

Pak Ndak cakap : elok2 nak raya rumah Pak Ndak kat belakang siap. Bilik besar siap ada toilet. Kalau adik beradik jauh mai beraya memang boleh dok kat situ dah tak ada sapa kat rumah tok =(

Cucu2 cakap : sebelum tok pi, kita create FB page takmau semua berpecah. Biar himpun kat group tu Tanya khabar. Update tentang diri masing2. Allah Maha Kuasa.

Caq cakap : nanti caq buat kenduri. Caq tak tau nak bagi nama kenduri apa. Caq tulis kenduri baca yasin dan tahlil untuk arwah. Nanti time kenduri kat rumah caq, cukup2 seminggu tok meninggal.

Allah rancang semuanya dengan elok.

Hari raya ke-3, kitaorang semua dah nak balik kulim. Abah salam dengan Tok. Tok Nampak letih. Tok cakap kat abah “hang nak balik dah ka? Jangan la balik lagi. Dok sehari lagi,” abah cakap “takleh mak. Budak2 ni nak masuk kelas dah. Nanti ceq mai lain nahh,” pastu tok cakap “hang mai esok la nah..hang mai lain tauu” .. rupa2nya memang kami semua kena mai lain rumah tok.

Sebenarnya, semua orang dah dapat rasa tok akan pergi. Abah cakap, masa abah jaga tok, abah dapat rasa tok akan pergi.

5Ramadhan, kawan baik tok, Mak Ngah meninggal. Kak aku kata, orang tua2 dulu cakap selalunya dia turut. Ni bahasa kampung la nah..tak reti nak explain. Hmmmm..

Tok masa aku salam haritu pun..tok tengok ja.. tok tengok jaa muka aku. Tok tak kata apa langsung. Kat kak pulak..tok tepuk2 dada kakak macam nak cakap yang lepas ni hang tak jumpak aku dah =(

Abah dok kat rumah asyik teringat kat tok. Kami semua teringat.

5syawal, dalam pukul 12, aku tgh tgk tv. Kakak tidur sebab demam. Abg dgn soffee ada hal. Mak baru sudah masak sebab staff mak nak mai makan.

Elok azan zuhur, kami dapat panggilan. Kat bawah rumah bunyi kalut. Aku pelik kenapa. Mak naik atas. Mak cakap “tok dah tak ada”. Perkataan mak tu macam tak jelas kat pendengaran aku. Kabur. Aku bangun buka pintu bilik. Kakak aku dah bangun. Aku cakap “ani, tok dah meninggal,” luruh air mata. Terus aku call zahira nak bgtau yang plan ptg ni x jadi.

Hati aku dah sampai kat kampung. Aku nak balik sekrang jugak. Campak ja barang2 masuk beg. Apa pun dah x boleh fikir. Muka abah berubah. Abah tahan air mata. Abah cuba bertenang. Aku tahu dlm hati abah dah tak tertahan nak jumpa tok. Abah rasa bersalah sebab tak stay masa tok suruh stay.

Aku habis berkemas. Abah cakap “makan dulu. Satgi lama kita nak urus jenazah. “ aku teman abah makan. Abah masukkan ja makanan dalam mulut. Licin abah makan. Tapi aku tahu, tak terasa di tekak abah. Aku langsung tak lalu nak makan. Aku Cuma tahu rasa nak balik.

On the way, abah drive. Kami semua risau. Abah speed. Mak setia kat sebelah ingatkan abah.

Sampai alor star, abah dah tak kisah mana abah parking kereta abah. Kakak dgn abah pergi dulu rumah tok. Aku temankan mak akt rumah njang dulu. 10min kemudian aku pergi rumah tok.

Muka pertama aku Nampak, maksu faridah. Aku masuk dalam rumah. Aku Nampak muka adik beradik aku. Aku tau diaorang rasa apa yang aku rasa. Aku cari kakak aku. Aku tak nak keseorangan. Aku tak nak orang Nampak air mata aku.

Aku masuk pintu bilik tok. Aku Nampak tok terbaring kaku. Air mata aku dah tak dapat aku tahan. Innalillah. Aku duduk di sisi kakak dengan mak njang. Aku dah tak nak cakap apa2.

Aku capai Al-Quran juzuk 29. Njang cakap “sat ja dah juzuk 29? Cepat nya. Baru tadi njang agih2.”

Tersekat2 bacaan aku. Air mata aku dah tak boleh tahan. Di depan aku, jenazah tok aku yang paling aku sayang. Sebelah kiri dan kanan aku makcik aku setia meneruskan pembacaan. Aku tabahkan hati. Masa aku baca ayat2 suci al-Quran, aku sebak. Air mata mengalir lagi.

Macam yang kakak aku cakap “dulu arwah tok wan ajar kita mengaji. Masa arwah wan meninggal dulu, kita tak tau apa2 sgt. Tak tau nak kena baca apa. La tok mah meninggal, ilmu yang pernah wan ajar kita dulu kita kena balas balik. At least untuk kali terakhir ni nak buat sesuatu untuk tok mah”.

Solat jenazah. pak ndak imamkan. aku belum habiskan bacaan. Semua orang di luar. Cium tok. Aku tak keluar. Aku dah tak boleh nak tengok. Aku duduk dalam bilik tok sorang2. Aku duduk sebelah katil tok yang tak pernah tok tinggalkan. Aku teruskan pembacaan sampai selesai. Sampai aku boleh bertenang. Aku keluar. Aku jumpa kak nazira. Kami semua sepakat nak ke kubur sama2

Sampai di masjid. Solat asar. Tanah perkuburan kat situ dah penuh. Tempat di mana arwah wan dikebumikan

Tok mah disemadikan berdekatan dengan kubur arwah cu lan. Alhamdulillah, senang sangat urusan hari tu. Allah permudahkan.

Dah selesai semuanya dalam jam 7. Sebelum maghrib.

Mak njang cakap, “tengahari tu, njang suruh tok makan nasi, tok tak mau. Tok lambai tangan cakap tak mau. Tok apa pun tak cakap. Lepas tu, njang keluar dari bilik tok. Njang nak buat roti jala. Masa tut ok dengan adibah amni. Kemudian njang nak bagi tok makan, tok tak bergerak. Tangan dok dah ‘qiam’. Njang panggil adibah. Njang dengan adibah cakap tok tidur. Njang call pak ngah. Pak ngah mai, pak ngah cakap tok tidur. Seolah2 tak dapat nak percaya tok pergi. Terus pak ngah call pak ndak.. njang rasa.. tok pi lepas tok cakap tok tak mau makan dah. Tok pi macam lena. Tok qiam sendiri. Tok pi sendiri.. “

Pak ndak cakap, “pagi tu.. Pak ndak mai mandi tok. Badan tok rasa lembut. Senang sangat. Masa pak ndak nak balik, tok cakap “hang nak pi mana. Hang jangan balik lagi. Dok sini dulu. Sat ja. Pastu hang boleh balik.”. tapi pak ndak balik jugak sebab pak ndak dah biasa bila tok ckp mcm tu. Tok selalu haling bila nak balik.. “

Abah cakap “tok suruh kita mai lain kan. Memang kita mai lain. Jumpak tok kali terakhir”

Lepas habis maghrib, semua berkumpul. Baca yasin. Dalam jam sepuluh, balik rumah mak njang, malam tu tidur.. kakak aku terjaga.

Kakak aku cakap “kak Nampak semalam, ada orang dok tengok kita tidur. Tak tau la mamai ka apa. Tapi, tak menakutkan. Pakai telekung. “

Mak njang cakap, “tok mai ziarah”

Sekarang aku dah kat kulim. Esok dah nak balik kl. Syawal ni terasa sangat panjang. Banyak yang berlaku.

Tapi masih teringat kat kubur, mata aku tak lekang tengok tok dikebumikan. Aku berdiri agak jauh sebab Cuma aku dengan along ja perempuan kat kawasan tu. Makin lama makin tertimbus. Air mata mengalir. Bagi ktia yang hidup, kita mungkin rasa sedih. Tapi bagi yang pergi, betapa gembira dapat kembali ke rahmatullah berjumpa dengan Maha Pencipta.

Allah betul2 atur semuanya dengan sempurna. Keluarga besar haji Tajuddin Insyallah takkan berpecah., Insyallah. Sebelum tok pergi, yang sudah lama tidak berborak kembali berborak. Ikatan kembali terjalin.

Ya Allah,peliharalah kami sekeluarga. Jagalah hubungan antara kami.

Al-Fatihah untuk arwah tok wan dengan tok mah dengan Cu Lan. Semoga roh mereka sentiasa dirahmati Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.